Video Caraguna / Panduan


Youtube : Cara memperkenalkan Huruf Tunggal (bahagian hadapan kad) 1

Youtube : Cara memperkenalkan Huruf Tunggal (bahagian hadapan kad) 2

Youtube : Cara memperkenalkan 3 baris asas (bahagian belakang kad)

Youtube : Panduan Caraguna Kad Imbas Khadijah (Huruf Tunggal)

Youtube : Aplikasi permainan Kad Imbas Khadijah

 

 

 

——————————————————————————————————

BA 1

Bbb

 

Kad Imbas Khadijah terdiri daripada 2 bahagian.

Hadapan kad adalah pengenalan kepada Huruf Tunggal.

Belakang kad adalah pengenalan kepada Huruf Berbaris.

Bagi anak/pelajar yg baru mula mengenal huruf, biasakan mengimbas kad di bahagian hadapan saja dahulu. Manakala, bahagian belakang kad tidak perlu diperkenalkan lagi.

Biasakan mereka melihat bentuk/ciri gambar yg serupa dengan huruf. Hingga sampai satu tahap di mana ibubapa/pengajar hanya menyebut ‘kata kunci’ satu ciri atau bentuk saja si anak/pelajar terus dapat menjawab huruf yg betul.

Contohnya,

Kapal macam huruf apa? – Ba –

Lampu mentol macam huruf?    -Jim-

Buncit macam guni?   -Qof-

Gigit lidah 1 titik?    -Dzal-

Kapal layar yg ada bendera?    – Zho-

 

Pada ketika ini, barulah belakang kad boleh mula diperkenalkan. Iaitu sukukata.

Huruf yg berbaris adalah sukukata. Apabila si anak/pelajar sudah mahir dengan huruf tunggal, seterusnya untuk mengajarnya sukukata akan menjadi lebih mudah.

Mulakan dengan patah bunyian yg selalu disebut-sebut dan boleh dibuat nyanyian.

Aa Ie Uu.. Ba Bi Bu..Ta Ti Tu..Tha Thi Thu..

Seterusnya, sebutkan satu huruf tunggal dan barisnya (mana-mana baris yg kita mahu tanyakan).

Contohnya, katakan : Huruf Jim. Baris depan?

 

Jika si anak/pelajar terpinga-pinga, pandunya membunyikan Jim berbaris hadapan.

Suruh si anak muncungkan mulut saja (seperti gambar). Tidak berbunyi apa-apa langsung pun tidak mengapa. Yg penting muncungkan mulut sahaja.

Perlahan-lahan pandu bunyi yg betul.

Jim depan Juuu..

 

Seterusnya, Jim di bawah?

Pandu si anak untuk senyum nampak gigi.

Sebutkan, Jim di bawah Jiii….

 

Seterusnya, Jim di atas?

Pandu si anak untuk membuka mulut luas-luas!

Jim di atas Jaaa…

 

Bunyikan semula dari Ja? Ja Ji Ju!

 

Nota : Tujuan pengenalan kepada huruf berbaris adalah untuk membiasakan anak/pelajar kepada 3 baris asas yg mudah sahaja. Bukan hanya memperkenalkan satu baris saja.

Membaca Al-Quran sangat mudah kerana huruf vokal hanya terdiri daripada 3 baris asas ini sahaja (atas, bawah, hadapan) yg digabungkan dengan huruf tunggal barulah membentuk sukukata.

Berlainan dengan huruf latin (alphabet) yg mempunyai 5 huruf vokal (A E I O U) yg perlu digabungkan dengan huruf konsonan barulah dapat membentuk sukukata.

Ajarilah anak-anak mengikut epistemologi yg betul.