App Android KIK


 

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini secara rasminya Aplikasi Android Kad Imbas Khadijah sudahpun berada di Google Play Store.

Hanya bagi telefon android!

Search : Kad Imbas Khadijah by Mikhail Game Tech

 

ATAU

 

Boleh dapatkan di sini :

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mikhailgametech.kadimbaskhadijah

 

.

+ Lengkap dengan suara sebutan makhraj yang betul sebagai panduan bagi huruf tunggal.

+ Tulisan dan imej yang berwarna warni.

+ Panduan caraguna yang mudah untuk ibubapa memperkenalkan huruf huruf hijaiyyah kepada anak kecil berdasarkan persamaan bentuk, rupa serta cara membunyikan huruf dengan betul.

+ Kaitkan persamaan objek dan bentuk yang tertera dengan alam sekitar. Rasailah ia!

Alif. Tegak macam pokok.

Ba. Melengkung macam kapal laut. Ba ada satu titik di bawahnya.

Ta. Macam dua mata dan mulut tersenyum! Ta ada dua titik.

Tha. Bunyinya lembut, ada tiga titik. Gigit hujung lidah sedikit.

Jim. Macam mentol di tengah. Jim ada satu titik di tengah.

Ha. Macam atok ketawa tiada gigi. Hahaha!