KAD IMBAS KHADIJAH (KIK) & POSTER HIJAIYYAH SUKA MENGAJI

kaligrafi-bismillahirrahmanirrahim-i3

Kini berwajah baru!

Kemaskini KIK edisi ketiga terbitan Telaga Biru dengan QR code bersama Poster Hijaiyyah Suka Mengaji.

Segala puji bagi Allah! Alhamdulillah.

Kad Imbas Khadijah (KIK) dan Poster Hijaiyyah Suka Mengaji telahpun release buat pertama kali edisi kemaskini terbitan ketiga (2018) di bawah penerbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. (TBSB) pada 7 Februari 2018 yang lalu.

Sudah berada di semua kedai buku seluruh Malaysia bermula Mac ini Insha Allah.

Boleh mendapatkannya secara online melalui WhatsApp GoBook Telaga Biru di talian 011-1291 9853

Juga boleh didapati melalui website www.telagabiru.com.my

  • Lihat pautan individu untuk maklumat lanjut. Dapatkan segera! ūüėČ

.

Kad Imbas Khadijah & Poster Hijaiyyah Suka Mengaji merupakan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk si kecil berumur 2-6 tahun belajar mengenal huruf  tunggal Hijaiyyah (Alif, Ba, Ta) yang menggunapakai konsep kesamaan bentuk, rupa dan bunyi dengan sedikit imaginasi serta cara membunyikan huruf dengan betul tanpa perlu menghafal dan juga mengenal fungsi asas baris satu melalui mimik muka / emoticons.

Ia juga amat bagus sebagai pengukuhan untuk anak berumur 7 tahun ke atas yang masih tidak ingat / kerap terlupa huruf ketika mengaji.

Tujuan sebenar Kad Imbas ini dibuat adalah untuk membezakan antara Huruf Tunggal dengan Huruf Berbaris.

.

Emel : kadimbaskhadijah@gmail.com

Instagram : Kad Imbas Khadijah Official

Facebook Page : Kad Imbas Khadijah

Facebook Public Group : Usrah Suka Mengaji

Telegram Public Channel : Suka Mengaji

 

REVIEW IBUBAPA / PENGAJAR TERDAHULU

Aplikasi Kad Imbas Khadijah.

Boat seperti huruf ‘Ba’. Bagusnya kad imbas ini setiap huruf digambarkan/dikaitkan dengan objek dari persekitaran biasa kanak-kanak. Maka mudah di’bainat’kan ke hati. Tidak hanya petunjuk dari kertas dan kenal terus di hati.

Ya, Fateh memang kenal huruf Ba lama dah, namun seronoknya kini kami boleh kaitkan pada bila-bila masa dengan gambaran persekitaran.

Idea yg hebat dari pengalaman Puan Khadijah Gani mengajar anak kecil mengaji. Satu sumbangan besar yakni inovasi dlm pendidikan awal al-Quran kanak-kanak. Syabas puan yang inovatif ! Alhamdulillah.

 -Puan Maznah Ibrahim (Kaunselor Psikologi di KKM)-

.

Kad Imbas Khadijah baru ada di tangan saya selepas sekian lama. Saya dapatkan dari Iqra’ Book, Kangar.

Alhamdulillah, saya cuba praktikkan kepada anak murid saya yang agak lemah dalam mengingati huruf Hijaiyah ini dan ternyata dapat membantu mempercepatkan proses mengingat huruf.

Kad imbas ini menggunakan gambar dan tulisan dan ini merangsang penggunaan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Saya mencadangkan kepada rakan-rakan yang mempunyai anak kecil supaya dapatkan kad ini dan biasakan anak anda dengan huruf Al-Quran.

Bila tengok pokok, teringat huruf Alif. Bila tengok ikan emas, teringat huruf Sod. Insya Allah, mudah untuk mereka belajar Al-Quran nanti.

Tahniah dan terima kasih Puan Khadijah Gani atas penciptaan kad imbas ini.

– Tuan Asyraf Baharuddin, Guru mengaji-

.

Baru seminggu saya menggunakan kad imbas khadijah. Saya suka inovasi kad imbas ini yang menggunakan benda sekeliling untuk memudahkan anak saya mengingati huruf-huruf hijaiyah dengan mudah! “Alif” mcm pokok, “Sin” macam rambut anak lelaki, “jim” mcm mentol lampu etc.

Mereka semua boleh ingat nama huruf bila saya bagi hint gambar di sebelah kad imbas sahaja (sambil saya memandu, masak etc!!) Dan yang paling best, selepas tiga hari ajar mereka yg menuntut utk belajar. Mereka tertunggu-tunggu masa belajar dengan kad imbas khadijah sebab ianya sesi yang menyeronokkan (dengan selingan berebut tempat depan cikgu-mama, berebut nak sebut huruf, berebut nak pegang kad…huhu) Saya combinedkan 3 orang anak sekaligus, 6thn, 5thn dan 2thn. Memang meriah dan menyeronokkan!!!

Terima kasih khadijah.. awak dah buat saya “melabur” utk saham akhirat, dengan mengajar anak-anak alQuran.

-Puan Nur Sakinah Ahmad, KL-

.

“Alhamdulillah anak buah saya suka pada graphic pada kad. Bahagian smiley yg ada ilustrasi utk sebutan “aa” “ii” “uu” tu sgt membantu. Good job Pn Khadijah n crew. ¬†Semoga usaha memperkasakan tulisan jawi, huruf2 hijaiyah utk bacaan quran ini diberkati dan dilimpahi rahmatNya insyaaAllah!”

-Tuan Izar Azmi, KL-

.

“Alhamdulilah syukur….anak sy skrg dah ingt huruf alif sebut je pokok mcm apa terus dia ckp alif….terkejut jugak sebab sy kadang2 je ajar bila sempat….time balik rumah sembang pasal huruf…harap sis dpt bagi lagi cara nak ajar kanak2 bawah 4 thn ni sebab kadang2 hilang idea nak tarik minat dia….”

-Puan  Noradilah Nordin, Putrajaya-

.

“Sangat susah untuk saya cari Flashcard Huruf Hijaiyyah yg tunggal tanpa baris bagi asas memperkenalkan huruf ini kepada anak kecil. Yg banyak adalah Jawi. Ada beberapa huruf Jawi tidak ada dalam al-Quran. Dan huruf Jawi lebih banyak dari huruf Hijaiyyah.” Ini sangat benar. Saya mencari sedari anak saya berumur 2 bulan, sehingga anak saya sudah mencecah 1 tahun 8 bulan, tetapi gagal jumpa.

My iqra’ pun tidak praktikal memandangkan anak saya kenal huruf al-quran ketika usia 8 bulan, selepas kenal huruf, dia bosan belajar huruf. Flash card iqra yang ada di pasaran, digabungkan dan anak tidak dapat fokus apabila melihat banyak huruf dalam satu kad.

 -Puan Zaharah Muhammad-

.

“Saya telah cuba gunakan flash card ni. Anak sulong saya 4 tahun tergelak2 melihat gambar sebagai lambang utk ingat pada huruf2 yang dia suka lupa. Nampaknya dia lebih “fun” dengan card ini walaupun sebenarnya buku sek dia dulu pun ada berkonsepkan gambar bergini. Mungkin di buku itu tidak secantik warna dan tidak secomelnya gambar di flashcard ini”

“Berkenaan yg baris tu dia baca laju je coz ada flash card yg sebelumnya. Cuma ada huruf2 yg dia lupa tu. So, sangat membantu. Terima kasih.”

– Puan Suhaila Amirrudin (Mybargainz Shop) –